Berita UtamaDunia

Semenanjung Gaza lapor lebih 500 kes sehari

Jangkitan harian bulan Februari hanya bawah 100 kes

BAITULMAQDIS, 11 Syaaban 1442H, Khamis– Semenanjung Gaza kini mengalami gelombang baharu jangkitan COVID-19 apabila lebih 500 kes dilaporkan pada Rabu.

Bulan lalu, kes jangkitan hanya direkodkan bawah 100 kes setiap hari.

Setakat ini, lebih 60,000 kes dilaporkan di Semenanjung Gaza, di mana jumlah tertinggi direkodkan sejak akhir bulan Ogos 2020.

Selain itu, hampir 600 kematian juga dilaporkan tatkala kekurangan bekalan ubat-ubatan, vaksin dan peralatan kesihatan di hospital.

Bekalan peralatan kesihatan dan ujian COVID-19 yang tidak stabil memberi kesan buruk kepada pekerja kesihatan bagi mengawal dan mengesan penularan wabak.

COVID-19 telah menyulitkan keadaan kemanusiaan di kawasan pantai yang miskin, temasuk mengancam kesejahteraan sosioekonomi dan kesihatan penduduk Gaza.

Sekatan negara haram Israel dan perang yang meletus sejak 2007 turut menjadi salah satu punca utama sektor kesihatan di wilayah itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan di kawasan terbabit telah berjuang keras mencegah penularan COVID-19. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button