Berita UtamaDunia

Tentera Myanmar bebaskan 600 tahanan

Jurugambar AP dituduh sebar berita palsu bersama lima wartawan lain

NAYPITAW, 11 Syaaban 1442H, Khamis – Jurugambar Associated Press (AP) antara 600 tahanan yang dibebaskan junta tentera Myanmar, selepas satu tindakan keras dikenakan ke atas penunjuk perasaan.

Di pusat komersial Yangon, jurugambar AP, Thein Zaw, 32, yang ditangkap bulan lalu ketika tunjuk perasaan telah dibebaskan dari penjara Insein.

“Saya kini dalam perjalanan pulang untuk bertemu ibu. Saya dalam keadaan sihat.

“Saya dituduh menyebarkan berita palsu bersama lima wartawan lain yang ditangkap pada hari sama.

“Pegawai polis menuntut saya menarik balik tuduhan itu, sebab itu mereka membebaskan saya tanpa syarat,” katanya.

Semua wartawan yang ditahan masing-masing dari media Myanmar Now, Myanmar Photo Agency, 7Day News dan Zee Kwet Online News.

Setakat ini, alasan mereka ditahan masih belum dikenal pasti.

Sebelum ini, tentera Myanmar merampas kuasa dan menggulingkan pemerintah dipilih Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu.

Sebagai tindak balas terhadap rampasan kuasa itu, rakyat di seluruh negara melancarkan kempen menentang tindakan berkenaan melalui demontrasi besar-besaran.

Ahli politik berusia 75 tahun itu akan menjalani perbicaraan pada Rabu di ibu negara Myanmar, Naypidaw atas tuduhan jenayah yang mengakibatkannya hilang jawatan dalam politik secara kekal.

Bagaimanapun, peguamnya Khin Maung Zaw berkata, perbicaraan itu ditangguh hingga 1 April disebabkan perkhidmatan internet dipotong oleh tentera. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button