Berita UtamaDunia

Oman laksana perintah berkurung

153,838 kes jangkitan COVID-19, 1,650 kematian direkod

MUSCAT, 12 Syaaban 1442H, Jumaat – Oman akan melaksanakan perintah berkurung dari jam 8 malam hingga 5 pagi mulai Ahad ini hingga 8 April depan.

Pelaksanaan itu susulan tindakan negara Teluk Arab mengetatkan sekatan untuk mengekang kenaikan kes coronavirus, lapor media negara semalam.

Media yang memetik kenyataan jawatankuasa coronavirus berkata, tidak ada pergerakan dibenarkan pada waktu itu dan larangan waktu malam untuk semua aktiviti komersial yang dikenakan pada 1 Mac akan dilanjutkan.

“Untuk mengawal penyebaran virus COVID-19, telah diputuskan untuk melaksanakan perintah berkurung dari 28 Mac hingga 8 April.

“Semua kedai, kafeteria, restoran dan kedai perdagangan lain akan ditutup dari jam 8 malam hingga 5 pagi,” kata Jawatankuasa Tertinggi menangani wabak COVID-19 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Oman News Agency (ONA).

Kesultanan Oman untuk pertama kalinya mendaftarkan lebih dari 85 pesakit coronavirus yang dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam, menurut data dari Kementerian Kesihatan.

Ia juga menyaksikan peningkatan sepuluh peratus jumlah pesakit dalam rawatan intensif, menjadikan jumlah jangkitan kepada 153,838 dan kematian 1,650. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button