Berita UtamaDunia

Ribuan Uyghur di Turki protes desak tutup kem di Xinjiang

Penunjuk perasaan laung 'diktator China', 'hentikan pembunuhan beramai-ramai'

ANKARA, 12 Syaaban 1442H, Jumaat – Turki membangkitkan isu umat Islam Uyghur ketika perbincangan dengan Menteri Luar China di Ankara, kata Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu.

Tindakan itu susulan ratusan rakyat Uyghur memprotes kekejaman dan perlakuan ke atas etnik mereka di China.

Menteri Luar China, Wang Yi bertemu Cavusoglu dan kemudian, Presiden Tayyip Erdogan pada Khamis, ketika kira-kira 1,000 penunjuk perasaan berkumpul di Istanbul, melaungkan ‘Diktator China’ dan ‘Hentikan pembunuhan beramai-ramai Uyghur, tutup kem’.

Sebahagian penunjuk protes mengibarkan bendera biru-putih gerakan kemerdekaan Turkestan Timur, nama yang merujuk kepada Xinjiang.

“Kami di sini mahu bertanya mengenai keluarga. Mengapa kami tidak dapat menghubungi mereka Adakah mereka mati atau hidup?

“Di manakah mereka? Adakah mereka di perkhemahan atau di luar?” kata seorang penunjuk perasaan Uyghur dikenali sebagai Imam Hasan Ozturk.

Beijing meluluskan perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara pada Disember lalu dengan kesepakatan yang menunggu ratifikasi Parlimen Turki.

Aktivis di antara sekitar 40,000 orang Uyghur yang tinggal di Turki telah meningkatkan usaha untuk mengentengahkan keadaan mereka, mengadakan tunjuk perasaan secara berkala di ibu kota Ankara dan kota terbesar Istanbul.

Cavusoglu menafikan bahawa perjanjian ekstradisi antara kedua negara akan menyebabkan Uyghur dihantar kembali ke China, menggambarkannya sebagai perjanjian rutin yang sama dengan perjanjian yang Turki dengan negara-negara lain.

Katanya, setelah bertemu Wang, beliau telah menyampaikan ‘kepekaan dan pemikiran kerajaan terhadap orang-orang Turki Uyghur’, sambil menambah bahawa Ankara dan Beijing akan meningkatkan kerjasama untuk menentang pandemik COVID-19 dan vaksin.

Kebimbangan Uyghur didorong oleh pergantungan Ankara pada China untuk vaksin COVID-19 – setelah menerima 15 juta dos dari Sinovac Biotech dan memesan puluhan juta lagi.

Minggu ini, Turki menerima 1.4 juta dos vaksin yang dibangunkan oleh BioNTech Jerman, kumpulan vaksin bukan Cina pertama yang signifikan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button