Uncategorized

Warlord punca anak muda wibawa hilang dari radar politik negara

BERJASA seru rakyat berani pilih ‘Kepimpinan Baharu Malaysia'

1.SAYA ingin berkongsi satu kisah seorang tokoh cendeklawan dan juga ummah utama bemama Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih diperkenalkan sebagai Hamka.

2.Ketika melihat Melaka pada pertama tahun 1943, beliau telah menulis satu syair yang bertajuk ‘Di Atas Runtuhan Kota Melaka’.

3. 44 Bait syair Hamka mengungkapkan perihal betapa keruntuhan Kota Melaka sebagai satu kerugian besar buat satu ketamadun dan peradaban umat Islam kompilasi itu, sehingga Hamka menyimpan hasrat untuk memaparkan jiwa merdeka, satu watan berdaulat. Apa Hamka kata? Bait ini menjadi saksi;

Jika runtuh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,
Jiwa dan raga saya serahkan.

4. Pentingnya untuk kita berasa Izzah dengan sejarah peradaban dan ketamadunan yang pernah nenek moyang kita kecapi ratusan tahun lalu.

Bukan hanya untuk dikenang, tetapii juga bagus sebagai pembakar motivasi dan cita-cita agar kita boleh mengembalikan zaman kegemilangan itu.

5. Maka, untuk mereleasisaikan cita-dta Itu, azam dan keperluan perlu dipasak dalam generasi muda.

Kesedaran anak muda untuk berpartisipasi dalam politik semakin meningkat. Lebih-lebih lagi pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menunjukkan bahawa minat anak muda dalam politik semakin membuak-buak.

6. Tetapi, tidak hubungan yang kita dengar anak muda mula bosan dan benci apabila soal soal politik.

Di medla sosial seperti Facebook, Twitter, Clubhouse – anak muda mula menunjukkan rasa menyampah dengan perkembangan politik yang berlaku kini.

7. Anak muda rasa seolah olah tidak ada harapan untuk mengubah politik lama yang sedang mencengkam citra politik Malaysla. Dipenuhl dengan wajah orang lama yang tidak berwibawa, dibebani beban korupsi wang dan moral, menggunakan pangkat dan wang untuk membeli sesiapa sahaja atau apa sahaja untuk terus-menerus kekal berkuasa.

Wariord ‘politik Ini ada dalam kebanyakan parti manakala hasil anak muda yang berwibawa, berkredibiliti dan besar cita-cita hilang dari radar politik negara.

8. Suasana poiltik lama Ini akhirnya pengguna untuk satu politik yang tidak sihat buat negara.

Budaya memuja ‘warlord’ ini melahinkan pengikut yang membuta tuli menyokong pemimpin sementara memerlukan mengiyakan satu kesilapan.

9. Lebih malang lagi, budaya ini menatijahkan banyak dasar serta polisi pembangunan negara masih ditakuk lama.

Tidak banyak yang berubah. Soal pembangunan belia, peluang pekerjaan, kenaikan tangga gaji, kos sara hidup di bandar, akses intemet luar bandar, ketidakseimbangan pembangunan bandar luar, akses kepada pendidkan yang adil untuk semua serta banyak lagi masalah rakyat yang diketepikan hasil cengkaman polak lama yang sukar untuk berubah.

10. Sebab itulah, BERJASA meningkatkan seruan agar kita perlu berani untuk memilh Kepimpinan Baharu Malaysia.

11. Maka, BERJASA memaklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kita bersama membuat arus baharu memilih wakil-wakil rakyat dan muka-muka baharu yang bebas dari beban politik korupsi wang dan moral, yang berwibawa, yang mempunyal integriti dan kredibiliti

12. Dengan memilh wakil-wakll rakyat yang akan dhantar ke Parlimen kemudian, barulah kita boieh mengambil satu citra poltik baru dalam negara.

Kita mempunyai agenda yang lebih besar. Hala tuju satu negara untuk menjadi kekuatan ekonomi baru untuk rantau ini, untuk memiliki satu kestabilan poltik, memperkukuhkan kedaulatan dan pertahanan negara, menjaga ekonomi perut rakyat Malaysla tanpa mengira kepelbagalan, bermula dengan memilih wakil rakyat yang berwibawa ke Parlimen

13. Dalam persiapan menjelang PRU15 yang semboyannya sudah kerap kali kedengaran, saya ingin membuat lima seruan ini untuk semua para pemuda BERJASA seluruh negara:

a) Pemuda proaktif santuni semua orang tanpa mengira agama dan bangsa di semua kawasan Parimen dan Dewan Undangan Rakyat (DUN) yang akan BERJASA tandingi;

b) Pemuda konsisten mengangkat suara dalam isu-su semasa;

c) Pemuda agresif berkempen untuk memperkenalkan agenda besar BERJASA kepada rakyat Malaysia.

d) Pemuda telus dalam usaha membert pendidlkan politik untuk anak muda; dan

e) Pemuda litizam untuk mengubah politik lama untuk politik baru untuk Malaysia.

14. Masa Ini masa kita, masa ini masa untuk perjuangan poltik baru demi masa hadapan watan tercinta.

Masa ini masa rakyat di luar sana sedang menunggu aksi kita, satu arus baru untuk merealisasikan impian semua.

15. Akhir seruan, marllah kita bersama-sama merenung kalam Allah SWT yang indah; “Kemudian apabila engkau telah berazam tanda bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya,”

Moga-moga kita menjadi hambaNya yang sentlasa diredhai dan dipimpin ke jalan kebenaran. Wallahualam.

Hazwan Mohamad
Ketua Pemuda
Parti BERJASA Malaysia

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button