Berita Utama

Gempa bumi sederhana di timur laut Taiwan

Bermagnitud 5.8 pada skala Richter dengan kedalaman 143 kilometer

KUALA LUMPUR, 13 Syaaban 1442H, Sabtu – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 pada skala Richter dilapor menggegarkan kawasan timur laut Taiwan pada 6.02 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu dikesan pada kedudukan 269 kilometer (km) dari barat Naha, Jepun dengan kedalaman 143 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button