Berita Utama

Jawatan PM hanya untuk UMNO: Tok Mat

UMNO mesti jadi parti induk, bukan sekadar 'anak ayam'

KUALA LUMPUR, 13 Syaaban 1442H, Sabtu – Jawatan Perdana Menteri hanya untuk UMNO, demikian tegas Datuk Seri Mohamad Hasan.

Timbalan Presiden parti itu berkata, UMNO perlu menjadi parti induk bagi membolehkan mereka memimpin kerajaan, bukan hanya sekadar menjadi ‘anak ayam’.

“Jawatan Perdana Menteri adalah untuk UMNO, Barisan Nasional (BN). Kita mesti jadi induk.

“Sebab itu kita tidak boleh jadi anak ayam, UMNO mesti jadi induk ayam,” katanya seperti dilapor Sinar Harian hari ini.

Dengan pengalaman UMNO selama lebih 60 tahun dalam pentadbiran negara, beliau berkata, tempoh itu sudah cukup membuktikan kemampuan parti berkenaan.

Selain menjaga kepentingan orang Melayu, katanya, UMNO yang bertindak sebagai induk atau ‘ibu’ turut mewakili semua kaum di negara ini.

“Sebagai induk, kita akan melindungi anak-anak kita,” katanya lagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button