Berita Utama

Kerajaan teliti rentas negeri sempena Aidilfitri

Beri bayangan solat sunat Aidilfitri, kunjung-mengunjung, tarawih dibenarkan kali ini

MUAR, 13 Syaaban 1442H, Sabtu – Kerajaan akan meneliti mengenai kebenaran pergerakan rentas negeri bersempena Aidilfitri yang akan disambut pada pertengahan Mei depan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada masa sama, beliau turut membayangkan kemungkinan membenarkan solat sunat Aidilfitri serta aktiviti takbir raya dan kunjung-mengunjung ke rumah berdekatan selepas kerajaan sebelum ini memberikan kebenaran mengadakan solat sunat tarawih pada Ramadan kali ini.

“Lepas ini, besok (nanti) nak raya, mungkin boleh buat solat raya bersama-sama takbir dan sebagainya, atapun selepas itu boleh ziarah, kalau rumah sebelah bolehlah kot, tapi nak rentas negeri balik kampung, saya belum dapat nak bagi jawapan.

“Untuk itu, kita akan teliti… insya-Allah, nanti akan diumumkan pada masa yang sesuai,” katanya ketika berucap pada majlis Sarapan Pagi bersama masyarakat Felcra Bukit Kepong, di sini, hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button