Berita UtamaDunia

Makin rakus, Zionis roboh 26 bangunan Palestin bulan ini

Akibatkan 42 termasuk 24 kanak-kanak hilangan tempat tinggal

BAITULMAQDIS, 13 Syaaban 1442H, Sabtu – Sikap tamak rejim pengganas Israel semakin menjadi-jadi apabila bukan sahaja bertindak merampas, malah turut merobohkan 26 bangunan milik Palestin pada bulan ini.

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) melaporkan, bangunan terbabit terletak di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang masing-masing dirampas pada 2 dan 15 Mac lalu.

Akibat daripada kekejaman rejim Zionis itu, seramai 42 orang termasuk 24 kanak-kanak kehilangan tempat tinggal, menurut laporan Perlindungan Orang Awam yang diterbitkan OCHA.

Selain itu, sebanyak 17 daripada 26 bangunan terbabit terletak di kawasan C, yang juga dikawal sepenuhnya oleh rejim Zionis.

Pada masa sama, OCHA mengesahkan bahawa dua bangunan yang dirobohkan di kampung Ein Shibli, dekat daerah Nablus telah mengakibatkan pengusiran 17 penduduk berdasarkan Perintah Tentera 1797.

Perintah berkenaan menyatakan notis perobohan bangunan dalam tempoh 96 jam.

Perobohan yang selebihnya berlaku di empat buah rumah di komuniti Al-Tuwani, dan Khallet Athaba dekat Hebron serta Beit Jala di Bethlehem.

Pada masa sama, mata pencarian 20 penduduk turut terjejas akibat serbuan di sebuah gerai sayur berhampiran bandar Qalqiya.

Bukan itu sahaja, penduduk haram Yahudi turut mengambil kesempatan mencederakan serta merosakkan harta benda termasuk kenderaan dan pokok milik enam warga Palestin di Hebron.

Dalam kejadian berasingan, dua kanak-kanak lelaki berusia 13 dan 14 tahun di kawasan H2 Hebron dan Bir al ‘Idd. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button