Berita Utama

PEMBELA giat bina kekuatan ummah berpaksi NGO, persatuan Islam

Sebagai persediaan menghadapi cabaran libat akidah pada masa hadapan

BANGI, 13 Syaaban 1442H, Sabtu – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) kini sedang membina kekuatan ummah berpaksikan rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan Islam di seluruh negara.

Inisiatif tersebut akan menyaksikan usaha penyatuan umat Islam daripada pelbagai persatuan, kelompok dan segmen masyarakat serta kepakaran.

Pengerusinya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, akhirnya nanti, diharapkan ia akan berpadu dalam menghadapi pelbagai isu khususnya melibatkan akidah dengan lebih kuat dan berkesan.

“Petang ini saya dan rakan-rakan Sekretariat PEMBELA Pusat berdiskusi dengan Al-Fadhil Ustaz Ahmad Shadan, Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazrin dan Al-Fadhil Ustaz Arif mengenai isu-isu umat di Malaysia terutamanya isu kalimah Allah 2.0 yang sedang hangat berlangsung.

“Alhamdulillah, perbincangan yang sangat produktif dan saya beserta rakan-rakan teruja menantikan bentuk kerjasama ini dapat dijayakan demi kepentingan umat.

“InsyaAllah, kita sedang membina paksi kekuatan ummah yang kadang kala dilupakan, iaitu rangkaian NGO-NGO dan persatuan-persatuan Islam di Malaysia. Doakan!,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button