Berita Utama

Penubuhan PEMBELA Kebangsaan langkah perjuang suara rakyat

PEMBELA yakin suara rakyat akan lebih kuat, didengari pemerintah

BANGI, 13 Syaaban 1442H, Sabtu – Penubuhan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Kebangsaan dengan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di setiap negeri adalah salah satu langkah dalam memperjuangkan suara rakyat.

Pengerusinya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, ia juga adalah titik permulaan untuk mengumpul dan menggembleng kekuatan NGO Melayu – Islam di seluruh negara bagi menggerakkan aspirasi perjuangan membela agama, bangsa serta tanah air tanpa dicengkam mana-mana politikus atau taukeh.

Dengan penubuhan PEMBELA di peringkat kebangsaan, beliau yakin suara rakyat akan lebih kuat dan didengari oleh pemerintah.

“Kita menyeru supaya banyak lagi NGO yang dapat bersama kami bagi membela nasib kita semua.

“Nantikan gerakan rakyat membela agama, bangsa tanah air di seluruh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, PEMBELA telah menggerakkan pelbagai inisiatif semak dan imbang dalam negara sejak 2006.

Antara pendekatan yang diketengahkan oleh PEMBELA termasuk menyelaras gerak kerja ke arah pengukuhan kedudukan Islam, Melayu dan raja-raja.

Selain, menjadi rujukan dan panduan bagi umat Islam serta membina jaringan dengan semua lapisan masyarakat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button