Berita UtamaDunia

Brazil mula vaksin kanak-kanak 5 hingga 11 tahun

Kanak-kanak orang Asli antara penerima pertama vaksin

SAO PAULO, 15 Jamadilakhir 1443H, Selasa – Brazil memulakan pemberian vaksinasi COVID-19 kepada golongan kanak-kanak yang berusia antara lima hingga 11 tahun.

Kanak-kanak pertama yang menerima vaksinasi adalah kanak-kanak orang Asli lelaki berusia lapan tahun, Davi Seremramiwe Xavante dalam majlis rasmi di Hospital Sao Paulo yang turut dihadiri Gabenor negeri, Joao Doria.

Terdahulu, pada 16 Disember, pengawal selia kesihatan Brazil meluluskan vaksin Pfizer BioNTech COVID-19 – yang selamat digunakan untuk kanak-kanak

Bagaimanapun 28 Disember lalu, Presiden Brazil Jair Bolsonaro menegaskan untuk tidak memberi kebenaran vaksin kepada kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

Brazil telah memberikan 320 juta dos vaksin COVID-19 sejak permulaan kempen vaksinasi pada Januari 2021 dengan kira-kira 143 juta orang, atau 68 peratus daripada populasi.

Kini sebahagian penduduk negara berkenaan telah melengkapkan vaksin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button