Dunia

18 maut, 24 cedera pangsapuri 10 tingkat runtuh di Kaherah

Periksa struktur bangunan sebelah siasat punca kejadian

KAHERAH, 14 Syaaban 1442H, Ahad – Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh manakala 24 yang lain cedera dalam kejadian runtuhan sebuah bangunan pangsapuri 10 tingkat di Kaherah awal pagi semalam. 

Gabenor Kaherah dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan membabitkan ruang bawah tanah, tingkat bawah hingga sembilan bangunan berkenaan.  

Ketua pentadbiran gabenor Kaherah, Khalid Abdel-Al berkata, pasukan penyelamat sedang mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di kawasan el-Salam itu. 

Sekurang-kurangnya 24 mangsa cedera telah dibawa ke hospital, kata Abdel-Al. 

Polis mengawal kawasan runtuhan ekoran waris mangsa mula berhimpun di tempat kejadian bagi mencari ahli keluarga mereka. 

Pasukan penyelamat juga terpaksa menggunakan jentolak untuk mengalihkan serpihan. 

Sehingga kini, belum dipastikan punca bangunan berkenaan runtuh, namun jawatankuasa jurutera dibentuk untuk memeriksa integriti struktur bangunan bersebelahan, kata Abdel-Al. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button