Artikel Khas

Belum ada pemimpin Melayu betul-betul berani atas nama perpaduan!

Nasib Melayu terus dipinggirkan, agama jadi bahan mainan, undang-undang sentiasa di cabar, Perlembagaan semakin tak dihormati

MENJELANG PRU15, yang ramai menjangkakan akan diadakan pada tahun ini selepas habisnya tempoh darurat, maka rakyat telah dihidangkan pelbagai retorik politik oleh parti-parti yang ada. Isu yang sering digembar-gemburkan ialah mengenai 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂.

Kalau sebelum ini ada parti yang tak kisah sangat pasal orang Melayu kerana mereka menganggap itu rasis. Mereka kononnya memperjuangkan semua kaum kerana yakin dengan dokongan semua kaum mereka boleh mendapat tampuk kepimpinan negara. Namun segalanya berubah apabila berlakunya Himpunan Tolak ICERD pada 8 Disember 2019 yang akhirnya menyebabkan PH jatuh dan kerajaan PN dibentuk.

Himpunan yang bersejarah ini telah menyaksikan perpaduan orang-orang Melayu merentasi parti yang bimbang dengan sikap kerajaan PH ketika itu. Melihat perhimpunan yang begitu besar dan bersejarah di kalangan orang-orang Melayu dan diikuti dengan kekalahan PH dlm beberapa pilihan raya kecil, maka pandangan parti-parti tanah air terhadap orang Melayu mula berubah.

Kekuatan penyatuan ini menyebabkan parti-parti terpaksa mengungkap konon sikap keperihatinan mereka terhadap bangsa Melayu termasuk parti chauvinis DAP. Maknanya mereka mula menyedari dalam sebuah negara demokrasi, kekuatan bangsa majoriti tidak harus dipandang enteng walaupun bangsa minoriti juga ada peranan penting.

Kini negara sudah diketuai oleh sebuah kerajaan yang ramai mengistilahkan sebagai ‘Kerajaan Melayu’. Mungkin di sana-sini ada kenyataan-kenyataan seolah-olah ada perpecahan sesama mereka tetapi saya yakin itu hanya gimik politik. Tidak dapat di nafikan orang-orang Melayu meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada kerajaan Melayu ini agar nasib agama dan bangsa dapat di bela setelah di robek-robek oleh PH.

Namun sehingga hari ini harapan itu masih tinggal harapan apabila isu-isu besar yang dihadapi oleh orang Melayu masih terbiar dan ada ketika dilihat semakin meruncing. Mungkin ada yang beralasan bahawa kerajaan ini baru dan negara menghadapi pandemik COVID-19 tetapi kalau diteliti barisan Kabinet, ramai diantara mereka bukan orang baru tetapi berpengalaman belaka.

Kalaupun ada yang baru memegang jawatan Kabinet, tetapi mereka bukan baru dalam arena politik. Persoalannya, kenapa ini berlaku? Bagi saya punca kepada semua ini bukan disebabkan tiada PERPADUAN tetapi disebabkan tiada 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 di kalangan pemimpin Melayu.

Ini noktah yang harus dibicarakan kerana isu perpaduan sudah usang dan terbukti tidak banyak membawa apa-apa kebaikan kepada agama dan bangsa, jika tidak ada keberanian. Saban hari kita mendengar kenyataan yang menyantuni bangsa lain; kita perlu berkompromi, perlu menjaga semua bangsa, perlu ada toleransi dan pelbagai lagi. Akhirnya, atas sikap sebegini secara berlebih-lebihanlah nasib bangsa Melayu terus dipinggirkan, agama boleh jadi bahan mainan, undang-undang sentiasa di cabar, Perlembagaan semakin tidak dihormati.

Kalau orang Melayu terbuat silap sedikit, maka bergegarlah negara tetapi apabila pemandu mabuk melanggar maut 5 orang anak muda Melayu, negara sunyi sepi. Kematian Beng Hock diangkat oleh pemimpin bangsa lain bertahun-tahun sehingga mendapat balasan pampasan yang terlalu banyak tetapi kematian Adib pemimpin Melayu semua menjauhkan diri.

Walaupun kerajaan Melayu yang ada hari ini diasaskan atas perpaduan Melayu tetapi tidak ada seorang pemimpin melayu pun yang betul-betul 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜.

Apalah erti perpaduan kalau ia tidak membawa apa-apa kebaikan akhirnya?

Oleh itu, selagi kita berbincang tentang perpaduan tetapi tidak difikirkan tentang 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡 maka selagi itu kita akan berlegar-legar di ruangan yang sama. Jadi saya menyeru kepada semua rakyat untuk mula membawa naratif baru politik negara iaitu 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜𝗔𝗡!

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button