Berita UtamaDunia

Aktivis lancar solidariti tuntut pembebasan Amin Abu Rashid

Warga Palestin-Belanda ditahan didakwa sokong kewangan Hamas

AMSTERDAM, 10 Safar 1445H, Ahad – Sekumpulan aktivis Palestin dan Belanda melancarkan kempen menggesa pembebasan segera Ketua Persidangan Palestin di Eropah, Amin Abu Rashid, lapor agensi Quds Press.

Penganjur memaklumkan, Amin yang merupakan warganegara Palestin-Belanda ditahan sejak dua bulan lalu.

Sementara itu, Ketua Komuniti Palestin di Netherlands, Ahmad Sakina berkata, kempen yang dilancarkan ini mampu menyebarkan kebenaran mengenai penahanan Amin.

“Kami akan menyokong dan berdiri bersamanya dalam kempen yang dilancarkan,” katanya.

Ahmad Sakina mendedahkan beberapa perancangan aktiviti sebagai sebahagian kempen yang akan diadakan dalam masa terdekat dengan menggunakan tanda pagar #freedom_For_ Amin.

Dalam pada itu, keluarga Amin mengesahkan kesihatan semakin merosot dan menyeru pembebasan segera berikutan beliau ditahan pihak berkuasa berdasarkan tuntutan palsu dan tekanan daripada Israel.

Sementara itu, Ketua Perhimpunan Demokrasi Palestin di Belanda, Yaser Tamim berkata, Amin dan semua pertubuhan serta institusi telah bekerjasama menyokong rakyat Palestin di dalam Palestin dan di diaspora.

Jun lalu, Amin ditahan selepas didakwa menghantar sejumlah wang kepada Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang dilarang kerajaan Belanda kerana dianggap sebagai organisasi pengganas.

Dalam penahanan berkenaan pihak berkuasa menggeladah kediamannya di Leidschendam dan sebuah perniagaan di Rotterdam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button