Berita Utama

BN tanding sendirian, ‘no Anwar, no DAP, no Bersatu’

Tidak ada perbincangan dengan mana-mana parti: Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Syaaban 1442H, Ahad – Barisan Nasional (BN), parti gabungan yang ditunjangi UMNO, memutuskan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) secara bersendirian, kata Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO berkata, parti terbesar orang Melayu itu turut memutuskan untuk mengekalkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) supaya tiada sebarang kerjasama membabitkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, DAP dan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

“Kita tetap dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (UMNO)… no Anwar, no DAP, no Bersatu.

“Tidak ada perbincangan dengan mana-mana parti itu sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Kita tetap akan bertanding menggunakan panji-panji Barisan Nasional,” katanya.

Menyampaikan ucapan dasar presiden bertajuk ‘Kestabilan UMNO Kesejahteraan Malaysia’ pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), yang turut diadakan secara maya di 190 Bahagian Umno di seluruh negara hari ini.

Perhimpunan tahunan dua hari yang dihadiri kira-kira 2,600 perwakilan itu bermula dengan perhimpunan agung sayap parti – Wanita, Pemuda, Puteri – semalam, dalam suasana norma baharu bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah wabak COVID-19.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button