Berita Utama

Agih pek Ramadan: Relawan Muda cari sukarelawan

Syarat penyertaan lelaki berusia 18 hingga 35 tahun

BANGI, 15 Syaaban 1442H, Isnin – Relawan Muda ISMA mencari sukarelawan yang ingin menyertai aktiviti pembungkusan dan agihan 10,000 pek prihatin Ramadan di seluruh negara mulai Sabtu ini.

Antara syarat penyertaan, peserta haruslah lelaki berusia 18 hingga 35 tahun, sihat dan kuat tubuh badan serta minat dengan aktiviti khidmat masyarakat.

Jenis aktiviti yang disediakan termasuk pembungkusan pek prihatin Ramadan; agihan pek prihatin Ramadan (10,000 unit) dan agihan pek iftar Ramadan melibatkan 20,000 unit.

Aktiviti pembungkusan pek prihatin Ramadan akan diadakan pada 3 dan 4 April ini membabitkan 10,000 unit.

Sementara agihan pek prihatin Ramadan dan pek iftar Ramadan yang meliputi empat fasa akan diadakan di 50 lokasi berbeza bermula 17 April dan berakhir pada 9 Mei depan.

Orang ramai yang berminat boleh mendaftar di bit.ly/DaftarRelawanMudaISMA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button