Berita Utama

Malaysia kembali catat kes COVID-19 bawah seribu

Selangor catat jumlah tertinggi dengan 219 kes, diikuti Sarawak

PUTRAJAYA, 15 Syaaban 1442H, Isnin – Malaysia kembali mencatatkan kes di bawah seribu, apabila sebanyak 941 kes COVID-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 342,885.

Kali terakhir kes harian di bawah angka 1,000 ialah pada 9 Disember tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 219, diikuti oleh Sarawak (192) dan Johor (171).

Sementara, Kuala Lumpur mencatatkan 57 kes manakala Kelantan (49) dan Sabah (34).

“Kedah (13), Melaka (lapan), Pahang (lima), Terengganu dan Perak (empat),” katanya di laman Facebook, hari ini.

Beliau berkata, Labuan dan Putrajaya masing-masing merekodkan satu kes.

“Tiada sebarang kes dilaporkan di Perlis,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button