Berita Utama

Ustaz Zamani Ibrahim kini Presiden BERJASA

BERJASA akan bertanding PRU15 demi pertahan watan

BANGI, 15 Syaaban 1442H, Isnin – Ustaz Zamani Ibrahim dilantik sebagai Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dalam Sidang Tahunan Dewan Kepimpinan Nasional 2021 yang berlangsung kelmarin.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Datuk Dr Ir Badrulhisham Abdul Aziz.

Ustaz Zamani komited untuk membawa BERJASA ke satu tahap lebih tinggi selepas barisan kepimpinan lepas berjaya membina pasak dan asas yang kukuh untuk parti bagi meneraju kepimpinan baharu Malaysia.

Sebelum dilantik ke jawatan Presiden, Ustaz Zamani memegang jawatan Ketua Penerangan BERJASA.

Beliau amat berpengalaman luas dalam pengurusan parti dan senario politik negara.

Terdahulu, Ustaz Zamani mengumumkan BERJASA akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) demi mempertahankan watan yang saban hari semakin tenat diragut dan digugat agenda politik yang amat merosakkan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button