Berita Utama

Hanya pemilihan parti boleh selesai kemelut dalaman UMNO: KJ

Parti perlu hadapi PRU dengan pimpinan mandat jelas

BANGI, 16 Syaaban 1442H, Selasa – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO digesa mengadakan pemilihan parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menerusi kenyataan di Instagram hari ini, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, tindakan itu saja cara untuk selesaikan kemelut dalaman UMNO.

“Segerakan pemilihan parti. Jangan tangguhkan sehingga selepas pilihan raya umum. Sepatutnya pemilihan diadakan tahun ini.

“UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat.

“(Lakukan perkara yang betul, Majlis Tertinggi. Anda tahun kita tidak boleh teruskan seperti ini),” katanya.

Pemilihan UMNO sepatutnya diadakan pada tahun lalu selaras dengan Perhimpunan Agung UMNO 2020, namun terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan akibat pandemik COIVD-19.

Menurut Perlembagaan UMNO, MKT mempunyai kuasa menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan dari tarikh sepatutnya diadakan pemilihan baharu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button