Berita UtamaPendapat

Licik ultra kiasu banding isu Undi18 dengan OIC

Bila perkara sebelahi mereka, cari seribu macam alasan untuk justifikasikan

SEDAP betul bapak ultra kiasu membidas presiden PAS.

Katanya, Presiden PAS jahil kerana tidak mengendahkan hakikat bahawa pengundian pada usia 18 semakin menjadi norma di dunia, terutama di kalangan negara anggota Pertubuhan Organisasi Negara-negara Islam (OIC).

Bapak ultra kiasu merujuk undi 18 kepada negara OIC seperti Arab Saudi, Iran, Iraq, Turki, Jordan, Algeria, Libya dan Palestin sebagai negara yang mempunyai peraturan tersebut.

Kenapa hanya membandingkan bab undi 18 sahaja, kenapa tidak bandingkan sistem perundangannya bersekali.

Bila tiba bab yang menyebelahi mereka, dia banding. Ultra kiasu ini hanya banding satu aspek sahaja iaitu undi 18, perkara yang menyebelahi dia. Kenapa tak ikut yang lain?

Nampak tak bagaimana liciknya ultra kiasu?

Satu lagi pertanyaan saya, kenapa membandingkan dengan negara-negara Islam dan negara-negara yang bersifat homogenous. Bandinglah dengan negara-negara berbilang kaum di dunia ini seperti kerencaman kaum di Malaysia.

Negara-negara sebangsa ini (homogenous) pi mai, pi mai tang tu jugak. Masalahnya negara berbilang kaum yang mempunyai sejarah penghijrahan, kedatangan bangsa luar.

Tak banyak negara seperti Malaysia di dunia ini bukan? Kebanyakan negara di dunia ini bersifat sebangsa. Jika ada pun bangsa lain, semua telah diasimilasikan.

Apabila kita mencadangkan Malaysia mengamalkan asimilasi, bukan main lagi dia menentang. Atas alasan, kita mengamalkan integrasi, bukan asimilasi.

Mati-mati ultra kiasu mempertahankan integrasi, menolak secara total asimilasi.

Sedangkan majoriti negara dunia lain memaksakan asimilasi ke atas bangsa yang mendatang.

Kenapa kita tidak ikut Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan negara-negara lain di dunia dalam mengasimilasikan pendatang-pendatang.

Bila perkara menyebelahi ultra kiasu, dia akan cari seribu macam alasan untuk menjustifikasikannya.

Bila tidak menyebelahi dia, ultra kiasu tidak pandang langsung negara-negara Islam OIC.

Wahai rakyat Malaysia, bukalah mata, bukalah minta. Ultra kiasu ini sangat bahaya dalam mencari peluang politik di negara kita.

Ultra kiasu ini mahu berkuasa kembali setelah cukup bersedia dengan pengikut-pengikut yang berusia 18 tahun untuk mengundi.

Percayalah! Sekiranya undi 18 dilaksanakan dalam Pilihan Raya Umum ke-18 (PRU18), pasti ultra kiasu akan memenangi lebih banyak kerusi kerana anak-anak mereka telah ‘ditarbiyyah’ dengan baik untuk terlibat secara langsung dalam politik, terutama mengundi

Sedangkan anak-anak kita masih sibuk dengan dadah, Tik Tok, ekzos bising dan sebagainya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button