Berita UtamaDunia

Tiga pemimpin tertinggi Pakistan positif COVID-19

Presiden Arif Alvi positif wabak seminggu selepas terima vaksin

ISLAMABAD, 16 Syaaban 1442H, Selasa – Presiden Pakistan Arif Alvi disahkan positif COVID-19, seminggu selepas menerima suntikan vaksin tanpa nama.

Selain itu, Perdana Menteri Imran Khan didapati positif wabak itu dua hari setelah menerima dos pertama awal bulan ini.

Pegawai menjangkakan bahawa beliau mungkin dijangkiti wabak itu sebelum mendapat suntikan.

Semalam, Menteri Pertahanan Negara, Pervez Khattak berkata, beliau turut disahkan positif wabak berkenaan.

“Kita semua perlu serius mengenai gelombang ketiga ini. Semoga Allah melindungi kita semua,” katanya dalam satu perutusan.

Kes Coronavirus meningkat dengan cepat di negara Asia Selatan di mana sebanyak 659,116 jangkitan dan lebih daripada 14,250 kematian dilaporkan.

Pada masa sama, sebanyak 4,525 jangkitan dan 41 kematian baharu dalam tempoh 24 jam terakhir.

Selain itu, pemerintah sedang dalam proses mengetatkan sekatan termasuk larangan upacara perkahwinan dan perjumpaan ramai.

Kerajaan telah melancarkan program vaksinasi pada bulan ini dengan mengutamakan suntikan kepada pekerja kesihatan dan golongan warga emas yang berisiko tinggi dijangkiti wabak. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button