Berita Utama

Terengganu bakal kuat kuasa etika pemakaian patuh syariah

DUN sudah lulus RUU berkaitan dan sedia untuk dilaksanakan

BANGI, 28 Rejab 1444H, Isnin – Terengganu bersedia menguatkuasakan pematuhan etika pemakaian patuh syariah di negeri itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat.

Beliau berkata, kerajaan negeri sebelum ini hanya memberi nasihat tanpa mengambil sebarang tindakan kepada individu yang ditahan.

Hanafiah berkata, nasihat itu disampaikan melalui penguat kuasa majlis agama negeri dan seluruh daerah di Terengganu.

“Jadi, sudah tiba masanya kerajaan negeri menguatkuasakan pematuhan etika pemakaian patuh di Terengganu.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini juga sudah meluluskan rang-rang undang berkaitan etika pemakaian patuh syariah dan kita bersedia untuk melaksanakannya,” katanya seperti dipetik media tempatan, hari ini.

Katanya, sebelum ini kerajaan negeri telah melaksanakan penguatkuasaan terhadap penunggang dan pembonceng bukan mahram yang membonceng bersama.

“Walaupun mengikut fesyen terkini, namun mereka terutama golongan muda ini dapat mematuhi etika pakaian dengan patuh syariah,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button