Berita UtamaDunia

Joe Biden letak calon muslim sebagai Hakim Persekutuan AS

Zahid merupakan muslim pertama dilantik Hakim Majistret di New Jersey pada 2019

WASHINGTON, 17 Syaaban 1442H, Rabu – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mencalonkan Hakim Zahid N.Quraishi untuk menjadi Hakim Persekutuan di Mahkamah Daerah AS untuk daerah New Jersey.

Ia satu tindakan yang akan menjadikan Zahid sebagai Hakim Persekutuan muslim pertama dilantik jika diluluskan Dewan Senat.

11 daripada calon hakim yang dikemukakan Biden, termasuk tiga wanita kulit hitam dan wanita Asian-Amerika, akan berkhidmat di Columbia serta Maryland.

Biden berkata, pencalonan itu adalah dalam kalangan mereka yang terbaik dalam profesional undang-undang.

“Masing-masing sangat berkelayakan dan bersedia untuk memberikan keadilan dengan setia di bawah Perlembagaan kita dan tidak berat sebelah kepada rakyat Amerika – dan bersama-sama mereka mewakili kepelbagaian latar belakang, pengalaman dan perspektif yang menjadikan negara kita kuat,” katanya.

Zahid berketurunan Pakistan, juga merupakan muslim pertama yang bertugas sebagai Hakim Majistret AS untuk New Jersey pada tahun 2019.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pendakwa Raya AS di New Jersey, selain mempunyai pengalaman bertugas sebagai Penolong Ketua Penasihat di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button