Berita Utama

KDNK Malaysia dijangka berkembang hingga 7.5 peratus: Gabenor BNM

Kadar inflasi meningkat hingga 4 peratus disebab kenaikan harga minyak global

KUALA LUMPUR, 17 Syaaban 1442H, Rabu – Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara enam hingga 7.5 peratus tahun ini, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Nor Shamsiah berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kemungkinan akan kembali ke tahap pra-COVID-19 pada pertengahan 2021.

Katanya, perkara ini disokong oleh peningkatan permintaan luar di tengah kepesatan teknologi, pelonggaran langkah-langkah sekatan dan pemberian vaksin COVID-19.

Ia termasuk peningkatan secara beransur-ansur keadaan pasaran tenaga kerja, serta dasar bantuan yang berterusan untuk isi rumah dan perniagaan sepanjang tahun.

“Ekonomi Malaysia dijangka pulih pada tahun 2021, dengan KDNK mencapai tahap pra-COVID-19 pada pertengahan 2021. Dan dalam ramalan kami, kami menjangkakan iminuti kelompok (herd immunity) hanya akan dicapai pada suku pertama 2022.

“Kami juga menganggarkan bahawa sempadan antarabangsa akan tetap ditutup untuk tahun ini dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan menjadi sasaran tertinggi,” katanya pada sidang media maya sempena Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2020,Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2020 dan Kajian Kestabilan Kewangan Separuh Kedua 2020 hari ini.

Sementara itu, Nor Shamsiah mengatakan kadar inflasi keseluruhan dijangka berada di paras 2.5 peratus dan empat peratus pada tahun 2021, berbanding penguncupan 1.2 peratus pada tahun 2020, terutama disebabkan oleh kenaikan harga minyak global.

Beliau mengatakan walaupun inflasi utama dijangka meningkat, namun ia disebabkan oleh faktor pembekalan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button