Berita Utama

UMNO tak ubah seperti ladang bercucuk tanam demi kepentingan individu

Patut beri laluan pada muka-muka baharu serta berwibawa terajui parti

Oleh Fazleen Safina

BANGI, 17 Syaaban 1442H, Rabu – Selagi pemimpin yang sama dipilih menerajui UMNO, ‘agenda’ parti tidak akan berubah.

Atas dasar itu, UMNO mesti memberi laluan kepada muka-muka baharu serta berwibawa bagi menerajui parti.

Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim berkata, UMNO sepatutnya memilih barisan pemimpin muda yang berwawasan, namun beliau tidak pasti sekiranya parti itu mempunyai pemimpin seperti yang dimaksudkan.

Jelasnya, sepanjang Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, beliau dapati ucapan Ketua Pemuda parti itu masih dalam kemelut merebut kuasa yang menjadi agenda.

“Ini menggambarkan bahawa agenda kesatuan ummah, memperkasakan identiti nasional, penyelesaian ekonomi negara, peluang kerja golongan anak muda dan lain-lain langsung tidak diketengahkan.

“Oleh tu, daripada ucapan dasar presiden, ketua Pemuda masih dalam nada yang sama iaitu demi kuasa pemimpin UMNO, maruah parti menjadi keutamaan.

“Hakikatnya UMNO kini tidak ubah seperti ladang bercucuk tanam untuk kepentingan individu yang rakus membina kekayaan dan kekuasaan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Justeru, katanya, sekiranya pemimpin kitar semula masih wujud dalam UMNO, maka perubahan tidak akan muncul.

“Sebab itu, BERJASA sedang mempersiapkan kekuatannya untuk menjadi parti pilihan yang mampu menggantikan UMNO di masa akan datang, benar BERJASA sedang menuju ke arah itu secara sedar dan terancang,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button