Berita Utama

Polis dikawal ‘politician’

KPN kena tegas, jangan dengar sangat apa orang politik nak

BANGI, 19 Syaaban 1442H, Khamis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikawal ahli politik kerana mereka adalah kerajaan, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Mekipun begitu, beliau menegaskan, tidak semua arahan yang dikeluarkan akan diikut kerana polis hanya menerima arahan yang sah dari segi undang-undang.

“Tetapi kalau kita tidak ikut kehendak dia (ahli politik), kartel tidak boleh buat apa-apa.

“Kita dulu pernah tangkap ketua… ahli politik tidak boleh cakap apa-apa kerana kita ada bukti dia terlibat.

“Saya pernah tangkap tujuh Datuk ‘ah long’ kerana mereka menganiayai peminjam wang. Semua dituduh di mahkamah,” katanya dalam program Kerusi Panas di TV Pertiwi, semalam.

Dalam pada itu, Musa Hassan yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Polis Negara kelapan menggesa rakan sejawatnya berpendirian tegas.

“Kita kena tegaslah. Jangan dengar sangat apa yang orang politik nak. Itu masalahnya.

“Walaupun orang politik ketua kita, arahan-arahan betul kita patuh, yang tidak betul kita tak boleh patuh,” katanya.

https://fb.watch/4ARcT6m1Kb/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button