Berita Utama

Disuntik 2 vaksin COVID-19 boleh ke luar negara: PM

Penerima vaksin juga dijanjikan bebas untuk merentas negeri

KUCHING, 19 Syaaban 1442H, Khamis – Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan rakyat Malaysia yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 boleh merentas negeri.

Perdana Menteri berkata, bukan itu sahaja, mereka juga dijangka boleh ke luar negara dengan syarat memiliki sijil pengesahan.

Katanya, kerajaan sudah berbincang dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat Malaysia melakukan perjalanan ke negara terbabit.

Beliau berkata, sijil akan diberikan bagi membuktikan individu sudah menerima dua dos vaksin sekali gus menjadi ‘pasport’ untuk mereka bergerak.

“Kita sudah berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara untuk membenarkan sesiapa yang sudah mendapat dua dos suntikan merentas daerah, negeri atau ke sana ke sini tanpa halangan pihak berkuasa.

“Malah dengan sijil itu juga, mereka boleh melakukan perjalanan ke Jepun, Shanghai, Hong Kong atau Jakarta,” katanya seperti dipetik Harian Metro, hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin mengulangi nasihat kepada orang ramai agar tidak bimbang untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Saya sama juga seperti Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg), kekal sihat dan cergas selepas menerima dua dos vaksin itu.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan, vaksin itu selamat dan dijamin melindungi kita,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button