Berita UtamaDunia

Situasi COVID-19 di Gaza bahaya

Hamas arahkan sekatan baharu kekang penularan wabak

BAITULMAQDIS, 19 Syaaban 1442H, Khamis– Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan lebih 1,000 kes baharu COVID-19 pada Selasa, menjadikan jumlah jangkitan harian tertinggi dalam beberapa bulan terakhir.

Lonjakan kes di wilayah yang dikuasai oleh Pergerakan Perjuangan Islam (Hamas) sejak 2007 itu sekali gus mengekalkan sekatan ketat di Gaza.

Wakil pengarah penjagaan primer di Kementerian Kesihatan Gaza, Magdy Dahir memberi amaran bahawa situasi epidemiologi di Semenanjung Gaza adalah berbahaya.

“Terdapat peningkatan jumlah pesakit di hospital,” katanya.

Di Gaza, seramai 65,500 orang telah dijangkiti COVID-19, manakala sebanyak 610 kematian dicatatkan sejak bermulanya wabak berkenaan.

Sementara itu, Persatuan Hotel dan Restoran Gaza berkata, pemimpin Hamas telah memerintahkan sekatan baharu bermula Rabu bagi mengekang penularan wabak.

Bagaimanapun, di Tebing Barat yang diduduki, Menteri Kesihatan, Mai Alkaila menerusi kenyataan di radio rasmi Voice of Palestine berkata, kadar peningkatan kes semakin perlahan, setelah ramai pesakit yang dijangkiti wabak itu memenuhi hospital tempatan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button