Dunia

36 maut, 60 cedera kereta api tergelincir di Taiwan

Kereta api 8 gerabak itu bawa sekitar 350 penumpang

TOKYO, 20 Syaaban 1442H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan 60 yang lain cedera dalam nahas kereta api tergelincir di utara Taiwan, lapor Agensi Anadolu, memetik media tempatan pada Jumaat.

Kereta api lapan gerabak yang membawa sekitar 350 penumpang itu tergelincir ketika memasuki terowong di kota Hualien.

Menurut laporan gerabak keempat dan kelima mengalami kerosakan teruk dan anggota bomba serta pasukan mencari dan menyelamat telah dikerah ke lokasi kejadian.

Presiden Tsai Ing-wen mengarahkan kementerian dan organisasi berkaitan turut membantu bagi melancarkan lagi misi menyelamat. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button