Berita Utama

Kalimah Allah: NGO, umat Islam perlu bergerak secara strategik

'Kita mesti menang ia libat isu akidah, maruah serta kedudukan Islam'

BANGI, 20 Syaaban 1442H, Jumaat – Kemelut pertikaian penggunaan kalimah Allah memerlukan organisasi serta umat Islam bergerak secara strategik.

Ini kerana, kemenangan dalam isu berkenaan amat penting kerana ia melibatkan perihal akidah dan maruah umat Islam secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) memohon, umat Islam mendoakan kejayaan mereka dalam memperjuangkan isu kalimah ini.

“Malam semalam telah berlangsungnya satu sesi Perbincangan Meja Bulat mengenai isu kalimah Allah 2.0 yang dihadiri sendiri oleh menteri agama, pakar-pakar perundangan, wakil Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri.

“Timbalan Pengerusi PEMBELA, merangkap Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia iaitu Dato Zainul Rijal Abu Bakar terlibat dalam sesi kali ini dan pastinya membawa aspirasi NGO-NGO Islam serta masyarakat sivil Islam di Malaysia.

“Alhamdulillah, sesi strategik ini berlangsung dengan jayanya dan perbincangan adalah amat efektif serta memberangsangkan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Selain itu, PEMBELA juga akan terus memberikan maklumat terkini berkenaan isu kalimah Allah untuk pengetahui masyarakat.

“InsyaAllah, kita sedang bergerak dengan penuh strategik dalam isu ini dan akan menceritakannya kepada anda dari semasa ke semasa.

“Kita mesti menang dalam isu ini, kerana ianya melibatkan isu akidah, maruah umat Islam dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia. Doakan kejayaan kami,” katanya lagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button