Berita Utama

Perpaduan umat tidak relevan buat masa sekarang: MT UMNO

Jika Bersatu prihatin akan perpaduan umat, mereka dicabar serah jawatan PM kepada UMNO

PETALING JAYA, 20 Syaaban 1442H, Jumaat – Bercakap tentang perpaduan umat Islam adalah tidak releven buat masa sekarang.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, perkara berkenaan hanya sesuai untuk diperkatakan sesudah berakhir Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, beliau menegaskan, ini tidak bermakna UMNO mengetepikan perkara tersebut, sebaliknya merasakan ada isu lain yang perlu diberikan perhatian seperti kestabilan politik.

“Apabila kita bercakap tentang perpaduan umat, bagi saya, ia tidak begitu relevan dalam konteks sekarang.

“Apabila kita menang dalam pilihan raya umum akan datang, UMNO akan menjadi parti teras yang membentuk kerajaan dan agenda utama kami ialah perpaduan umat Islam,” katanya seperti dipetik portal FMT.

Selain itu, Abdul Rahman turut mencabar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada UMNO sekiranya benar mereka prihatin terhadap perpaduan umat.

“Mereka perlu mengiktiraf kedudukan UMNO sebagai parti dengan jumlah Ahli Parlimen paling ramai.

“Jika benar-benar mahukan perpaduan umat Islam, apalah salahnya mereka membuat pengorbanan itu? Tetapi adakah PPBM bersedia menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada UMNO?” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button