Berita Utama

Tarantula permulaan kepada siri kejayaan Malaysia

Kejayaan keluar produk 100 peratus tempatan membanggakan

BANGI, 21 Syaaban 1442H, Sabtu – Kejayaan Malaysia menghasilkan kereta perisai pertamanya nyata sesuatu yang membanggakan.

Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof Zainur Rashid Zainuddin berharap, ia menjadin permulaan kepada kejayaan yang lebih gemilang buat negara pada masa akan datang.

“Tahniah! Tarantula, kereta perisai pertama buatan Malaysia. Kejayaan mengeluarkan produk teknologi 100 peratus keluaran tempatan ini amat membanggakan.

“Ia adalah permulaan kepada siri kejayaan di masa depan. Fokus, fokus dan fokus Malaysia!,” katanya dalam hantaran ringkas di Facebook, hari ini.

Tarantula merupakan kereta perisai bermobiliti tinggi pacuan empat roda (HMAV 4×4).

Ia dihasilkan 100 peratus sentuhan anak tempatan menerusi Mildef International Technologies Sdn Bhd.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kereta berperisai itu yang siap tiga bulan lepas hasil usaha lapan jurutera dan lebih 100 tenaga kerja Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Katanya, ia melibatkan kos sepanjang penyelidikan dan pembangunan mencecah RM16 juta dalam tempoh empat tahun.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button