Berita Utama

Ungkapan ‘abang’ tanda hormat, bukan lemah: Hishammuddin

Malaysia tetap merdeka, berprinsip dari segi dasar luar negara

BANGI, 21 Syaaban 1442H, Sabtu – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan, hubungan antara Malaysia dan China berdasarkan kepada kepercayaan serta kebersamaan.

Beliau menegaskan, ungkapan ‘abang’ yang menjadi kontroversi ketika ini bukan merujuk kepada hubung erat di antara kedua buah negara.

Sebaliknya, jelas beliau, ia adalah ungkapan kepada Menteri Luar China, Wang Yi yang jauh lebih senior berbanding beliau.

“Menghormati Wang Yi yang lebih tua dan Menteri Luar Negeri yang lebih senior, oleh itu ‘abang’ kepada saya secara peribadi.

“Bersikap hormat tidak menandakan kelemahan,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter pada Sabtu.

Beliau menambah, Malaysia tetap merdeka, berprinsip dan pragmatik dari segi dasar luar negara berasaskan kepada nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan serta kesaksamaan.

“Kami akan terus memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat negara yang adil dan saksama,” katanya.

Pada Sabtu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Hishammuddin yang menyifatkan negara China sebagai ‘big brother’ kepada Malaysia ketika pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button