Berita UtamaDunia

Bekas Putera Mahkota Jordan dikenakan ‘tahanan rumah’

Nafi terbabit dalam konspirasi tentang Raja Abdullah II

NICOSIA, 22 Syaaban 1442H, Ahad –  Bekas Putera Mahkota Jordan, Putera Hamzah Hussein menafikan terbabit dalam konspirasi menentang abangnya, Raja Abdullah II susulan kritikan mengenai rasuah dalam kerajaan.

Beliau dikenakan tahanan dalam rumah, selepas ketua angkatan tentera mengunjunginya dan memberitahu beliau tidak dibenarkan keluar, berkomunikasi atau bertemu dengan sesiapa. 

Putera Hamzah mendakwa, beberapa rakannya juga ditahan, bahkan pasukan keselamatannya ditarik balik dan akses internet dan telefonnya turut disekat.

Beliau menegaskan, tidak terbabit dengan apa-apa konspirasi dan ‘tidak bertanggungjawab kepada kegagalan kerajaan kerana rasuah dan ketidakkecekapan yang berlaku sejak 15 hingga 20 tahun lalu, sehingga menyebabkannya semakin buruk’.

“Saya bukan sebahagian daripada konspirasi atau organisasi jahat,” kata Hamzah menerusi video yang dihantar kepada BBC. 

Beliau menyatakan ini adalah ‘masa sedih dan malang bagi sebuah negara yang berada di barisan hadapan wilayah ini’.

Beliau juga mendakwa, orang ramai tidak lagi dibenarkan mengkritik pihak berkuasa atau menyatakan pendapat ‘tanpa dibuli, diganggu atau diancam’. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button