Berita UtamaDunia

Greece lanjut sekatan penerbangan

273,000 kes, 8,732 kematian direkod sejak wabak melanda

ATHENS, 22 Syaaban 1442H, Ahad – Greece akan melanjutkan sekatan penerbangan domestik hingga 12 April manakala penerbangan antarabangsa hingga 19 April, susulan jumlah jangkitan COVID-19 baharu terus meningkat.

Menerusi sekatan itu, penumpang penerbangan ke Greece perlu menerima hasil negatif ujian PCR 72 jam sebelum ketibaan dan menjalani ujian rawak COVID-19.

Semua pelancong asing dikuarantin selama tujuh hari.

Pelancong Israel yang telah diberi vaksin sepenuhnya – sekurang-kurangnya dua minggu sebelum perjalanan – tidak perlu dikuarantin berikutan perjanjian dua hala mengenai pelancongan antara kedua-dua negara.

Sebahagian besar penerbangan dari negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dilarang kecuali 10 negara termasuk Britain.

Untuk penerbangan domestik, hanya perjalanan penting sahaja dibenarkan.

Sekolah, restoran dan kedai yang tidak penting ditutup di Greece, tetapi pihak berkuasa merancang untuk membenarkan kedai runcit kecil dibuka semula dengan sekatan mulai esok.

Bagaimanapun, sekolah menengah dijangka akan dibuka secara bersemuka akhir bulan ini.

Greece mencatatkan 3,080 jangkitan baharu pada Jumaat lepas dan 72 kematian. Sejak wabak bermula, negara itu telah merekodkan lebih dari 273,000 kes dan lebih dari 8,372 kematian. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button