Berita Utama

UMNO keluar kerajaan paling lewat Ogos ini: Tajuddin

Tarik balik sokongan akan akibatkan kerajaan PN tumbang

PETALING JAYA, 21 Syaaban 1442H, Sabtu – UMNO merancang untuk menarik kembali sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) selewat-lewatnya pada bulan Ogos depan.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman percaya, keadaan itu akan menyebabkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang.

Malah, beliau juga menegaskan tidak keberatan untuk melepaskan jawatan Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bila tiba masanya.

“Bila pembubaran kita tak tahu. Tetapi, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) telah tetapkan tidak lewat dari Ogos. Bermakna Ogos kita akan menarik balik sokongan.

“Menteri, timbalan, pengerusi GLC, akan tarik sokongan. Bila tarik sokongan, tidak ada jalan untuk kerajaan yang sedia ada boleh bertahan,” katanya seperti dipetik portal FMT.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diberikan mandat oleh Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 untuk menentukan bila parti itu akan menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.

Bagaimanapun, beberapa Ahli Parlimen UMNO sudah berbuat demikian antaranya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button