Berita Utama

UMNO yakin PAS tak akan tamatkan kerjasama dalam MN

Harap pemimpin kedua-dua parti tak keluar kenyataan yang keruhkan hubungan

SUNGAI SIPUT, 22 Syaaban 1442H, Ahad – UMNO yakin PAS tidak akan menamatkan kerjasama mereka dalam Muafakat Nasional (MN), memandangkan hubungan itu sudah terjalin hingga ke peringkat akar umbi.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, UMNO juga melihat kenyataan beberapa pemimpin tertinggi PAS kebelakangan ini bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama kedua-dua parti.

“Saya ambil tafsiran yang paling positif iaitu daripada kenyataan Presiden PAS dan Timbalan Presidennya sebelum ini yang mana mereka menegaskan masih mahu mempertahankan dan memperkukuhkan Muafakat Nasional.

“Jadi, itu satu isyarat yang bagi saya menunjukkan apa sahaja pendirian PAS mengenai Bersatu berkenaan dengan PN (Perikatan Nasional), mereka tidak ada lagi hasrat untuk berpisah daripada UMNO,” katanya pada sidang media selepas Siri Jelajah #SAMBUNG YANG TERGENDALA di sini lewat malam tadi. 

Dua hari lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada MN selain menolak muafakat tanpa ada sikap bersatu serta kumpulan yang menunjukkan tiada kesetiaan kepada negara, dengan sifat melampau yang mencabar agama dan bangsa.

Mengulas lanjut, Shahril Sufian berharap, pemimpin dan ahli kedua-dua parti berlapang dada serta tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan UMNO-PAS bagi merealisasikan agenda pada Pilihan Raya Umum ke-15. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button