Berita UtamaDunia

76 militan di Somalia terbunuh

Al-Shabaab serang pangkalan tentera dengan letupkan bom kereta

MOGADISHU, 23 Syaaban 1442H, Isnin – Sekurang-kurangnya 76 militan terbunuh dalam pertempuran sengit yang berlaku di barat daya Somalia antara kumpulan pengganas al-Shabaab dan tentera kerajaan, kata seorang pegawai, lapor Agensi Anadolu.

Tentera juga menangkap 10 yang lain setelah al-Shaabab melancarkan serangan sebelum Subuh ke atas pangkalan Tentera Kebangsaan Somalia (SNA) di Bariire dan Awdhegle di wilayah Lower Shabelle, kata Brigadier Jeneral Mohamed Tahaliil Mohamed Tahaliil, kepada Radio Tentera Nasional Somalia, petang Sabtu.

Beliau mengatakan bahawa al-Shabaab cuba menyerang pangkalan tentera tetapi terkorban dan dikalahkan.

Militan itu dilaporkan menyerang pangkalan tentera dengan kenderaan yang penuh dengan bahan letupan.

Kumpulan pengganas yang berkaitan dengan al-Qaeda itu juga melepaskan tembakan ke atas Sabiid dan Anole, selain meletupkan bom kereta di Lafoole.

Al-Shabaab mendakwa bahawa ia telah membunuh lebih 47 tentera kerajaan dalam serangan di pangkalan tentera Bariire dan merampas beberapa kenderaan tentera.

Pegawai pemerintah memberitahu Anadolu Agency melalui panggilan telefon bahawa seorang kapten tentera, Abdirashid Mohamed Nur, adalah antara beberapa anggota tentera yang terkorban dalam serangan itu.

‚ÄúTentera Somalia membunuh puluhan militan pengganas, termasuk pemimpin mereka, setelah al-Shabaab menyerang pangkalan SNA di Awdhigle dan Bariire di wilayah Lower Shabelle,” lapor media negara, memetik Ketua Tentera Somalia, Odawaa Yusuf Rageh.

Timbalan Menteri Pertahanan, Abdifitah Qasim juga mengesahkan serangan itu dan memuji pasukan elit Somalia Gorgor kerana menangkis serangan tersebut.

Bariire, sebuah kota pertanian pasukan Somalia yang dibebaskan dari al-Shabaab, terletak 73 kilometer (45 batu) di barat daya ibu kota Mogadishu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button