Berita Utama

Kerajaan teliti lanjutan HOC hingga Disember 2021

Perkara itu telah dibawa ke pengetahuan Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR, 23 Syaaban 1442H, Isnin – Kerajaan sedang meneliti untuk melanjutkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) hingga hujung tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata beliau telah memohon kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk melanjutkan kempen itu.

“Bagaimanapun MOF mungkin mengkaji semula syarat-syaratnya dan akan sedikit berbeza daripada yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Malaysia’s Best Managed and Sustainable Property Award 2021 di sini.

Beliau juga berkata sehingga 28 Februari lepas, sejumlah 34,354 unit rumah dengan nilai RM25.6 bilion berjaya dijual bagi kempen HOC 2020-2021 dengan nilai diskaun yang diberikan sebanyak RM4.3 bilion.

HOC 2020 dilaksanakan dengan pengecualian duti setem dan potongan diskaun sebanyak 10 peratus diberikan kepada pemohon yang layak untuk membeli rumah berharga RM300,000 hingga RM2.5 juta. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button