Kolumnis

Nisbah kuil dengan masjid, surau sangat jauh bezanya

Negara ada undang-undang, apa lagi yang ultra kiasu mahukan

TERUJA saya dengan ucapan dasar pemimpin MIC dalam Perhimpunan Agung Tahunan ke-74 dua hari lepas. Antara lain, beliau berkata kuil-kuil baru perlu dibina di tapak yang telah diluluskan bagi mengelakkan risiko perobohon akibat pertikaian status tanah. Jika penganut Hindu tidak mengikut prosedur yang akhirnya membawa kepada perobohan kuil, maka mereka menghina dewa mereka sendiri.

Inilah ucapan yang kita nanti-nantikan selama ini.

Pembinaan rumah ibadat atau kuil tidak boleh dibuat dengan sesuka hati. Negara ada undang-undang, kena ikut peraturan, perlu ada kelulusan. Bukan main pacak sahaja. Nak bina surau masjid pun tidak boleh main pacak sahaja.

Namun, kenyataan ini dikecam hebat oleh pemimpin ultra kiasu Pulau Pinang. Ia tidak mencerminkan hakikat dan persoalan berhubung perobohan kuil Hindu di negara ini sejak beberapa dekad lalu.

Ultra kiasu ini hanya nampak yang dirobohkan sahaja. Lambakan kuil dan gantian baharu yang disediakan tidak pula dibangkitkan.

Bagaimana ultra kiasu ini boleh dilantik sebagai pemimpin negeri Pulau Pinang.

Ultra kiasu ini berkata lagi, pembinaan rumah ibadat bukan Islam telah dihadkan selama ini. Jika pembangunan kuil mendapat akses tanah yang saksama, maka persoalan tentang tanah haram tidak akan timbul.

Justeru, ultra kiasu ini mahukan pemimpin MIC menarik balik kenyataan yang dibuatnya.

Lihatlah betapa ultra kiasunya mereka. Tak cukup? Pembinaan dihadkan? Tidak saksama?

Saya fikir, kuil-kuil yang ada sudah lebih daripada mencukupi. Kesaksamaan apa yang dituntut lagi? Keadilan itu bukan saksama, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Jika kesaksamaan yang dituntut. Sepatutnya masjid surau mesti setara dengan ratusan ribu kuil Hindu. Lagi pun ini negara majoriti Islam.

Tetapi masjid surau hanya ada sekitar 30,000 sahaja di seluruh negara. Kenapa ultra kiasu tidak perjuangkan kesaksamaan masjid surau supaya supaya bilangannya sama seperti kuil Hindu?

Saya nasihatkan ultra kiasu Hindu ini, pergi kira bilangan kuil Hindu yang ada di negara ini berbanding dengan bilangan penganutnya yang begitu sedikit. Dalam lingkungan 1.3 juta orang.

Pergi kira berapa banyak kuil Hindu di Sentul dalam skala besar. Sedangkan penganutnya tidak seramai mana.

Tidak jauh dari situ, pergi lihat di tepi-tepi jalan di Kuala Lumur, termasuk Lembah Pantai, Mid Valley, tengah-tengah bandaraya, yang tiba-tiba timbul tombolnya.

Begitu juga cuba pergi kawasan yang Melayu begitu ramai seperti Bandar Baru Bangi, Bangi, Serdang, dalam kawasan UPM, Hospital UPM, jejantas UNITEN dan banyak lagi. Dalam skala besar. Sehingga penghadang jalan pun dicabutnya. Ia sangat membahayakan nyawa apabila berada di jalan lebuh raya.

Ini belum masuk sepanjang jalan di Selangor, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, dan seumpamanya. Pendek kata, lambakan kuil berselerak, sedangkan penganutnya tidak seberapa.

Jika dikiranya secara keseluruhan, rumah ibadat yang paling banyak adalah Hindu, dengan ratusan ribu buah, dalam keadaan penduduknya hanya 1.3 juta.

Rumah ibarat orang Islam, selaku majoriti dan keistimewaannya termaktub dalam Perlembagaan pun tidak sebanyak kuil Hindu.

Had dan saksama apa yang kamu cakap ultra kiasu? Kamu langsung tidak beryukur?

Saya ambil contoh beberapa bandar di kawasan Ampang, pergi lihat, bagaimana pada mula, ada tanda kecil sahaja di bawah pokok besar. Sedikit demi sedikit, berkembang dan membesar. Kemudian menjadi lebih besar dengan binaan kukuh.

Apabila mahu dirobohkan. Jawapannya sangat mudah. Kuil di situ sudah berusia, 50 tahun, seperti insiden di Kedah. Sedangkan ia tidak lama sahaja dibuat.

Keadaan ini berlaku di semua tempat, terutama di bandar-bandar dan di tepi jalan. Usahlah cerita, kuil-kuil yang di ladang-ladang, getah dan kelapa sawit. Semua tanah ini, bukan tanah peribadi tetapi tanah kerajaan dan persendirian.

Saya tidak fikir rakyat Malaysia akan bising jika ia dibina di kawasan persendirian, dengan mengikut prosedur dan mendapat kelulusan.

Justeru, berkali-kali telah disebut. Pembinaan rumah ibadat perlu ada formula. Jika tidak, kita akan terus mengundang masalah demi masalah. Kadang kala nyawa menjadi gadaian sebagaimana yang berlaku kepada Allahyarham Adib.

Saranan MIC supaya pembinaan kuil perlu mendapat kelulusan perlu disambut baik oleh semua pihak. Lagi pun sudah terlalu banyak kuil di negara ini.

Saya memohon kerajaan memandang serius saranan MIC ini. Buat kajian secara menyeluruh. Tubuh pasukan penyelidik untuk mengira berapa banyakkah rumah ibadat yang ada di negara ini, kemudian nisbahkan dan cari formula. Saya dan pasukan bersedia melakukan kajian ini.

Kementerian Perpaduan kenalah melihat perkara ini dengan serius dan buatlah kajian. Janganlah terlalu berpolitik demi untuk masa depan negara. Amanahkan kepada mereka yang benar-benar boleh buat kerja, bukan bercakap di awang-awangan, tidak berpijak di bumi nyata.

Kita tidak mahu dengar lagi, apabila sebuah kuil dirobohkan bagi tujuan pembangunan, maka heboh dunia, seolah-olah keadilan tidak diberikan. Sedangkan tempat ganti telah disediakan. Sepatutnya, tidak perlu diganti, memandangkan ia dibina di kawasan haram. Tetapi inilah hikmah kerajaan yang diterajui oleh orang Islam.

Bandingkan apa yang berlaku di negara India dan China. Nasib masjid-masjid di sana. Usahkan nasib masjid yang ditukar jadi kuil, nak makan lembu pun bermasalah kepada umat Islam di India yang mempunyai 180 juta penduduk daripada 1.3 bilion keseluruhannya. Banyak insiden nyawa menjadi korban hanya kerana orang Islam makan lembu di India.

Bandingkan juga, apabila masjid atau surau dirobohkan bagi tujuan pembangunan, heboh tak satu dunia? Fikirkanlah bersama. Umat Islam tengok sahaja bila surau masjid dirobohkan. Tidak kecoh.

Satu lagi, pembinaan rumah ibadat bukan Islam tidak boleh dibandingkan dengan pembinaan surau dan masjid dalam mencari keadilan. Ini kerana, pembinaan surau masjid adalah hak termaktub dalam perlembagaan. Itupun pembinaannya terkawal dan perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa. Tidak boleh main pacak sahaja.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button