Uncategorized

2 rakyat Singapura dibebaskan daripada tahanan ISA

Mereka ditahan kerana terlibat dengan aktiviti radikal

SINGAPURA, 9 Syawal 1443H, Selasa – Dua rakyat Singapura yang terlibat dengan aktiviti radikal dibebaskan daripada tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), masing-masing pada Januari dan Februari 2022.

Hazim Syahmi Mahfoot, 31, dan Ruqayyah Ramli, 35, isteri kepada rakyat Malaysia, Mohd Firdaus Kamal Intdzam yang telah dihantar pulang pada Ogos 2020 selepas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri selesai menjalankan siasatan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (MHA), Ruqayyah ditahan di bawah ISA pada April 2021, dipengaruhi oleh suaminya Mohd Firdaus untuk terlibat dalam aktiviti radikal dan menyokong hasratnya ke Syria untuk menyertai ISIS.

Selepas dihantar pulang pada 15 April 2021, Mahkamah Tinggi Malaysia menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada Mohd Firdaus kerana memiliki bahan propaganda berkaitan keganasan.

MHA menyatakan Ruqayyah pada awalnya menerima Arahan Sekatan (RO) pada Ogos 2020, sebelum ditahan pada April 2021 selepas didapati semakin radikal.

“Dia dibebaskan di bawah Arahan Penggantungan (SD) pada Februari 2022,” menurut laman sesawang MHA hari ini.

Sementara itu, Hazim Syahmi ditahan di bawah ISA pada Januari 2019 dan dibebaskan dengan SD pada Januari 2022. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button