Dunia

Pengganas Israel terus agresif tangkap rakyat Palestin

9 ditahan dalam beberapa serbuan di Tebing Barat, Baitulmaqdis

RAMALLAH, 12 Syawal 1443H, Jumaat – Tentera pengganas Israel menahan sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin dari pelbagai bahagian di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, semalam.

Menurut sumber tempatan dan keselamatan, polis Israel menangkap lima rakyat Palestin dari Baitulmaqdis Timur.

Di selatan Tebing Barat, tentera pengganas Israel menyerbu dan menggeledah rumah rakyat Palestin serta menangkap seorang daripadanya.

Di utara Tebing Barat, tentera turut menyerbu kampung Rummanah di barat laut Jenin dan menangkap seorang lagi rakyat Palestin.

Tentera lengkap bersenjata turut menahan dua lagi dalam dua serbuan berasingan di bandar Qabatiya serta Burqin, masing-masing terletak di selatan dan barat bandar itu.

Tentera Israel menyerbu rumah Palestin hampir setiap hari di seluruh Tebing Barat atas alasan kononnya mencari warga Palestin yang dikehendaki, sehingga mencetuskan pertempuran dengan penduduk.

Serbuan itu turut berlaku di kawasan bawah kawalan penuh Pihak Berkuasa Palestin (PA), yang dilakukan tanpa waran geledah.

Mengikut undang-undang tentera Israel, rejim mempunyai kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman ke atas tiga juta rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button