Berita Utama

Imej UMNO tercemar kerana pemimpin tertinggi terpalit rasuah

Kerjasama dengan PN patut diteruskan tanpa fikir siapa layak jadi PM

BANGI, 24 Syaaban 1442H, Selasa – UMNO pernah muncul sebagai ‘abang besar’ melalui parti Perikatan dan Barisan Nasional (BN) untuk enam dekad lamanya, dianggotai 14 parti komponen serta mempunyai rekod cemerlang menerajui negara dengan jayanya.

Namun, di sebalik kelebihan itu – dalam suasana dan senario politik semasa – minda serta sikap pengundi tidak statik dan banyak berubah.

Ia terutama dalam kalangan 15 hingga 25 peratus pengundi Melayu, termasuk anak mudanya yang bakal menjadi pengundi penentu.

Profesor Emeritus di Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan UPNM, Dr Wan Hashim Wan Teh berkata, hampir sedekad lalu, bermula PRU-13 yang membawa kepada kecundangnya BN pada PRU-14, citra atau imej UMNO kian menurun dan tercemar disebabkan beberapa pemimpin tertingginya yang terpalit gejala rasuah.

Katanya, suatu ‘pencemaran imej’ yang mengambil masa lama untuk dipulihkan.

Mungkin ini perlu dijadikan renungan semasaknya oleh pucuk kepemimpinan UMNO hari ini.

“Terlajak berdayung ke hadapan, tetapi jika disedari sedang dan mungkin menuju serta terjatuh ke jurang yang dalam, masih boleh mengundur ke belakang untuk berada pada landasan kukuh lagi selesa, demi kepentingan bersama, iaitu perpaduan bangsa Melayu, agama Islam dan Malaysia,” katanya menulis di Berita Harian hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, situasi semasa kerjasama dengan gabungan PN seharusnya dilanjutkan, tanpa memikirkan siapa paling layak dilantik sebagai Perdana Menteri kelak.

β€œIa diikuti agihan kerusi secara musyawarah penuh muhibah serta rasa persaudaraan sesama Islam,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button