Berita UtamaDunia

Jordan haramkan penerbitan berkait komplot Putera Hamzah

Didakwa terbabit dalam ‘rancangan’ ganggu keamanan kerajaan

AMMAN, 24 Syaaban 1442H, Selasa – Ketua pendakwa raya Amman, Jordan melarang penerbitan maklumat mengenai komplot yang didakwa membabitan adik tiri raja, Putera Hamzah, kata televisyen kerajaan.

Perintah yang dikeluarkan hari ini dibuat setelah Putera Hamzah – yang kerap mengkritik kerajaan sebelum ini – berikar taat setia kepada Raja Abdullah II, dua hari setelah baginda mendakwa  ditahan di rumah.

“Bagi menjaga siasatan perkhidmatan keselamatan terhadap Putera Hamzah dan rahsia-rahsia lain, kerajaan memutuskan untuk mengharamkan sebarang perkara berkaitan siasatan buat masa ini.

“Larangan itu melibatkan semua media audiovisual dan jaringan sosial, selain penerbitan semua imej atau klip video berkaitan subjek kerana ia akan mengganggu tindakan undang-undang,” kata pendakwa raya, Hassan al-Abdallat dalam satu kenyataan yang dibaca di televisyen negara itu.

Kerajaan Jordan menuduh Hamzah, seorang bekas putera mahkota, terbabit dalam ‘rancangan jahat’ dan konspirasi hasutan untuk ‘menganggu keamanan kerajaan’.

Sekurang-kurangnya 16 yang lain ditangkap ekoran komplot itu.

Pada awal hari Isnin, Putera Hamzah yang mendakwa ditahan di dalam istana diraja di Amman berkata, baginda tidak akan tunduk kepada sebarang arahan yang mengawal pergerakannya.

Bagaimanapun, baginda berubah fikiran apabila dilaporkan berikrar untuk taat setia kepada Raja Abdullah tidak lama selepas itu.

Raja Abdullah II melantik Putera Hamzah sebagai Putera Mahkota pada 1999 bagi memenuhi wasiat Raja Hussein, namun memecatnya pada 2004. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button