Berita Utama

Wan Ahmad Fayhsal nafi akan bertanding di kerusi Bagan Serai

Pihak parti tidak pernah buat keputusan berkenaan mana-mana kerusi

BANGI, 24 Zulkaedah 1442H, Isnin – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menafikan laporan berita mendakwa beliau akan bertanding di Parlimen Bagan Serai dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menerusi catatan ringkas di Facebook, beliau menegaskan, laporan yang disebarkan oleh sebuah akhbar tempatan hari ini adalah tidak benar.

“Pihak parti di mana-mana peringkat tidak pernah membuat apa-apa keputusan berkenaan mana-mana kerusi.

“Khidmat kepada rakyat tetap menjadi keutamaan seluruh jentera parti dalam jayakan Pelan Pemulihan Negara,” katanya.

Menerusi kenyataan itu juga, beliau memuat naik tangkap layar mengenai laporan berita berkenaan.

Menurut laporan itu, Wan Ahmad Fayhsal mengesahkan akan bertanding kerusi Parlimen Bagan Serai pada PRU-15.

Dalam temu bual secara eksklusif bersama akhbar itu baru-baru ini, Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu malah mendakwa beliau sudah mendapat restu daripada Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button