Berita UtamaDunia

Ratusan kanak-kanak Palestin menderita di penjara Israel

700 didakwa di mahkamah tentera setiap tahun

GAZA, 24 Syaaban 1442H, Selasa – Kelab Tahanan Palestin mendedahkan, terdapat 140 kanak-kanak Palestin di penjara negara haram Israel, termasuk dua yang berada di bawah tahanan pentadbiran.

Pendedahan itu sebagai menandakan Hari Kanak-kanak Palestin semalam.

Menurut Pertahanan untuk Kanak-kanak Antarabangsa-Palestin, setiap tahun antara 500 dan 700 kanak-kanak Palestin didakwa oleh Israel di mahkamah tentera.

Rejim Zionis dilaporkan masih menahan selain mendera kanak-kanak Palestin meskipun berhadapan dengan wabak pandemik COVID-19.

Sehingga akhir Mac 2021, kumpulan hak asasi manusia telah mengira 230 kanak-kanak Palestin yang ditahan oleh pendudukan haram Israel, kebanyakannya berasal dari Baitulmaqdis.

Bekas kakitangan Senat Amerika Syarikat (AS), Dylan Williams berkata, pelecehan terhadap kanak-kanak Palestin oleh peneroka Israel dan penangkapan mereka yang kerap oleh pasukan Israel merangkumi pola pelanggaran undang-undang antarabangsa.

“Ia juga mungkin pelanggaran berulang undang-undang AS sehingga peralatan ketenteraan AS digunakan,” katanya di akaun Twitter.

Hari Kanak-kanak Palestin diperingati pada 5 April setiap tahun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button