Uncategorized

UMNO Pahang mahu pertahan Muafakat Nasional

Penyatuan terbukti pada PRK Cameron Highlands, Chini

KUANTAN, 24 Syaaban 1442H, Selasa –  UMNO Pahang akan mempertahankan agenda penyatuan ummah kerana yakin ia memberi kebaikan bersama.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Pahang sentiasa berada di hadapan dalam penyatuan ummah. 

“Ini terbukti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dan Chini, kita memperoleh kejayaan yang cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penyatuan ini juga terserlah dalam urusan pentadbiran kerajaan dan juga persidangan Dewan Negeri.

Katanya, sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dan PAS mencapai 2/3 undi daripada 42 kerusi Dewan Negeri Pahang bagi meluluskan Rang Undang-Undang.

Menerusi Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Barisan Nasional mempunyai 25 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Pahang sementara PAS lapan kerusi. 

“Saya tetap dengan pendirian serta ber’istiqamah’ untuk mempertahankan Muafakat Nasional demi agama, bangsa dan tanah air. Allahuakbar!,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa Veteran UMNO dan As Sabiqun PAS Negeri Pahang di Dewan MB, Jalan Teluk Sisek, Kuantan.

Katanya, pertemuan itu merupakan julung-julung kali diadakan membabitkan orang-orang lama dalam parti.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button