Berita Utama

Dibenar lawat penjara melalui kaedah tempahan

Pendaftaran terbuka, pelawat 12 tahun ke bawah tak dibenarkan

KUALA LUMPUR, 25 Syaaban 1442H, Rabu – Jabatan Penjara kini membenarkan perjumpaan dan lawatan penjara melalui kaedah tempahan dengan garis panduan ketat bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Jabatan Penjara dalam kenyataan memaklumkan pelawat perlu membuat tempahan melalui sistem i-visit dengan melayari ivisit.prison.gov.my, secara panggilan telefon dan menghantar e-mel atau surat.

“Pihak institusi penjara akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut pendaftaran terbuka (walk-in) dan pelawat berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan buat masa ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button