Berita Utama

Dituduh terima rasuah, Menteri Pertahanan Namibia letak jawatan

Dakwa tumpuan media sebabkan beliau tak boleh fokus pada tugas

WINDHOEK, 25 Syaaban 1442H, Rabu – Menteri Pertahanan Namibia Peter Vilho meletakkan jawatan selepas terpalit dengan tuduhan menerima sogokan, lapor Agensi Berita Xinhua.

“Dalam surat peletakkan jawatannya Vilho menyatakan tidak dapat meneruskan tugasnya memandangkan tumpuan media terhadapnya dan keadaan itu sangat mengganggu tugasnya,” kata jurucakap Dewan Negara Alfredo HengariVilho dalam satu kenyataan pada Selasa.

Vilho sebelum itu bertemu Presiden Hage Geingob untuk menjelaskan tuduhan mengenai pendapatan yang diperoleh secara tidak sah dan disimpan dalam akaun bank asing yang tidak diisytiharkan atas namanya.

Beliau didakwa menerima rasuah untuk tender senjata bernilai US$124 juta kira-kira 13 tahun lalu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button